Sabtu, 15 Oktober 2016

Apakah Itu Minyak Herba Asmak?

Assalamualaikum, Minyak Herba Asmak adalah minyak yang dihasilkan oleh syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1189521-H) atau dikenali dengan nama singkatan MHAM atau MHAMsb. Minyak Herba Asmak ini dihasilkan untuk membantu orang ramai yang mempunyai masalah asma, batuk, lelah, selsema, sakit perut, senggugut, sakit kepala, migrain, resdung, sakit gigi, resdung, kembung perut, sembelit dan buasir.

Minyak Herba Asmak ini dihasilkan dengan menggunakan teknologi nano di mana ianya adalah satu teknologi yang digunakan untuk menjadikan minyak ini lebih efektif dan berkesan kepada pengguna. Minyak Herba Asmak ini sangat eksklusif dan sangat berbaloi untuk dimiliki oleh seisi keluarga. Minyak yang telah menjadi pilihan kebanyakkan ibu bapa ini telah didatangkan dengan 2 jenis saiz.

Saiz botol pertama untuk Minyak Herba Asmak yang dikeluarkan adalah untuk 30ML, botol ini saiznya adalah seperti yang di bawah. 


Pada pertengahan bulan September satu lagi saiz botol telah dikeluarkan dengan kandungan minyak sebanyak 10ML. Botol untuk saiz 10ML ini dikeluarkan untuk memenuhi permintaan masyarakat yang mempunyai bajet yang kecil tetapi mahu mencuba minyak ini terlebih dahulu sebelum beralih kepada botol yang lebih besar. Botol saiz 10ML ditunjukkan seperti yang di bawah.


Minyak Herba Asmak ini mudah di bawa ke mana-mana dan sentiasa menjadi pilihan mereka yang sentiasa bergerak ke mana-mana sahaja. Penggunaan Minyak Herba Asmak yang sangat mudah seperti minyak yang lain menyebabkan ianya tidaklah terlalu asing untuk digunakan. Minyak ini berangin dan sesuai untuk digunakan oleh semua peringkat umur. 

Kebiasaannya ibu bapa menggunakan minyak ini untuk masalah anak asma dan batuk berkahak. Mereka menyapu Minyak Herba Asmak pada anak untuk memudahkan pernafasan anak-anak yang sering terganggu oleh penyakit asma atau masalah kahak. Cara penggunaan yang betul antara faktor paling penting untuk mendapatkan kesan yang lebih efektif.

Walaubagaimanapun, Minyak Herba Asmak ini sering kali menjadi topik perbincangan apabila terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menyampaikan maklumat yang tidak benar dan berunsur fitnah. Nanti saya akan kongsikan beberapa maklumat yang lebih jelas berkenaan dengan Minyak Herba Asmak ini.

Jika anda mempunyai persoalan lain berkaitan minyak ini bolehlah tinggalkan komen untuk dijawab dengan lebih jelas lagi. InshaAllah. Pastikan anda mengenali Minyak Herba Asmak ini sebelum menggunakannya dan sebaiknya bertanyakan dahulu secara terperinci jika anda rasa tidak yakin dan was-was. Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan