Khamis, 26 Januari 2017

Tips Pengambilan Ubat Untuk Anak G6PD

Setiap ibu bapa yang mempunyai anak pasti sangat bimbang dan risau jika anak mereka mempunyai masalah kesihatan yang boleh menjejaskan urusan harian mereka. Saya juga sering kali mendegar persoalan adakah Minyak Herba Asmak ini sesuai untuk anak yang mempunyai masalah G6PD ini.

Jadi, apa yang boleh saya katakan ianya juga bergantung kepada badan mereka. Minyak Herba Asmak ini kebiasaanya sesuai juga digunakan untuk mereka yang menhadapai masalah G6PD. Oleh itu, kali ini, saya nak kongsikan satu tips pengambilan ubat untuk anak anda jika mereka mempunyai masalah G6PD.

Penyakit G6PD adalah penyakit yang berkaitan dengan darah. Selain kacang parang, ada sesetengah ubat adakalanya tidak sesuai diambil oleh mereka yang menghidap G6PD.

Saya secara ringkas akan kongsikan tips jika anda mahu memberikan ubat-ubatan kepada anak anda. Berikut adalah ubatan yang perlu anda elak untuk diberikan kepada anak anda.

Jenis-jenis ubat tersebut adalah seperti:

1. Chloroquine
2. Fansidar
3. Maloprim (Mengandungi Dapsone)
4. Pentaquine
5. Pamaquine
6. Primaquine

Selain daripada itu, anda perlu elakkan beri:

1. Aspirin (Panadol - dalam dosej yang banyak).
2. Chloroamphenicol 
3. Vitamin K
4. Thiazolesulfone
5. Dapsone
6. Phenylhydrazine
7. Nalidixic Acid

Jika anda masih tidak memahami nama-nama ubat tersebut, lebih baik rujuk kepada doktor yang merawat anak anda untuk lebih selamat dan sebelum mengambil apa-apa ubatan untuk diberikan kepada anak anda.

Akan datang saya akan kongsikan lagi tips berkaitan G6PD ini. InshaAllah.

Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan