Isnin, 13 Februari 2017

Jus Asmak Gold Bantu Melegakan Batuk

Beberapa minggu lepas, Jus Asmak Gold secara tidak langsung telah keluar di dalam Berita TV 1 dan menunjukkan ianya telah diproses dan dikilangkan oleh kilang yang bertaraf GMP dan ianya mempunyai standard dan piawaian yang telah diiktiraf. Oleh itu, jom lihat serba sedikit berkaitan dengan Jus Asmak Gold ini.

Asmak Gold sesuai sebagai pelengkap kepada Minyak Herba Asmak. Dan sesuai sekali untuk yang asmanya agak teruk. Boleh juga melegakan batuk,  kahak dan selsema, menguatkan ketahanan badan dan meningkatkan kesihatan supaya lebih cergas dan aktif.






Produk : Jus Asmak Gold

Harga RM44/unit/350ml sebotol

Cara minum :

👨👩Dewasa
➡ Minum 2 kali sehari
➡ 10 ml sebelum sarapan dan 10 ml sebelum tidur. (1 sudu = 10 ml)

👧🏼👦Kanak-kanak
➡ umur 3- 6 tahun = setengah sudu
➡ umur 7- 12 tahun = 1 sudu

❌  Wanita mengandung tidak digalakkan untuk mengambil produk ini kerana mengandungi Dong Quai dan Licorice dimana bahan ini tersenarai didalam " Prohibited Ingredient List in Pregnancy"

✅  Boleh diambil oleh pesakit kencing manis ( stevia yang digunakan adalah pemanis semula jadi, tanpa kalori) dan darah tinggi.

❗  G6PD, Penyakit kekurangan enzim. G6PD tidak digalakkan untuk mengambil sembarangan produk. Perlu rujuk pakar kesihatan terlebih dahulu sekiranya ingin mengambil produk ini.

================
⛔ Pantang larang :

✅ Elakkan dari mengambil minuman yang berkafein, beralkokol dan berkarbonat untuk mendapat keberkesanan yang lebih baik.

================
💝 Cadangan :

▶ Dinasihatkan untuk mengambil produk sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur.
▶ Minum banyak air kosong sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari
▶ Pengguna yang mempunyai penyakit yang berisiko tinggi, dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil produk ini.

❣Selain dari fungsi utama, jus ini juga

Membantu mengurangkan kolesterol
⏺ Membantu mengawal gula dalam darah.

💟 Produk ini juga digalakkan diamalkan setiap hari.





Sabtu, 11 Februari 2017

6 Teknik Urutan Muka Bayi Yang Betul

Anda tahu tak bagaimana mahu melakukan urutan muka bayi dengan betul? Mungkin masih ramai lai yang tidak tahu bagaimana nak lakukannya bukan? Jangan risau, saya akan kongsikan dengan anda 6 teknik bagaimana nak lakukan urutan muka tersebut.

Sebelum itu, pasti anda akan tertanya-tanya apa manfaat kita lakukan urutan muka pada bayi kan?

Urutan bayi bukan saja merapatkan ikatan antara ibu atau ayah dan anak, tetapi turut mempunyai pelbagai manfaat seperti:

> Memperbaiki perjalanan darah.
> Merangsang deria.
> Mengurangkan tekanan.
> Meningkatkan daya ketahanan badan.
> Merangsang perkembangan fizikal dan psikologi.
> Membantu memudahkan bayi tidur.
> Merangsang aliran oksigen dalam badan.
> Membantu perkembangan fungsi otot.
> Membantu meredakan kesakitan apabila demam.
> Merangsang penghasilan hormon.

Jadi, mari saya kongsikan 6 langkah tersebut:

Langkah Pertama: 
Pegang kepala bayi anda di bahagian tepi dan urut seperti sedang syampu kepala.

Langkah Kedua: 
Usap kening dengan menggunakan ibu jari perlahan-lahan.

Langkah Ketiga: 
Letakkan kedua ibu jari tangan anda di atas hidung dan tekan perlahan-lahan sambil menurun.

Langkah Keempat: 
Usap atas bibir tengah keluar pipi dengan ibu jari.

Langkah Kelima: 
Urut gusi bawah bayi, usap dari tengah keluar pipi.

Langkah Keenam: 
Letakkan kedua tangan anda di belakang bahagian telinga dan usap turun hingga ke dagu.

Boleh saksikan video di bawah untuk lebih jelas lagi bagaimana urutan ini boleh dilakukan pada muka bayi anda.


Semoga anda dan bayi anda mendapat manfaat daripada urutan ini. InshaAllah.

Jumaat, 10 Februari 2017

Soalan Lazim Berkaitan Minyak Herba Asmak (Dikemaskini dari Semasa ke Semasa)

Sudah hampir setahun Minyak Herba Asmak berada di pasaran Malaysia. Sejak daripada mula keluarannya masyarakat akan bertanyakan beberapa soalan lazim yang biasanya menjadi persoalan mereka. Bagi menjawab dan memberikan kepuasan hati mereka sebagai pengguna Minyak Herba Asmak, saya senaraikan beberapa persoalan yang mungkin bermain difikiran anda.

Cara mudah untuk cari jawapan, klik butang "CTRL" dan huruf "F" serentak dan akan muncul kotak Find di sebelah kanan atas anda.

Taipkan kata kunci yang ingin ditanya dan anda akan terus ke soalan dan jawapan tersebut.

Sebagai contoh taip "Tiruan", anda akan terus ke soalan yang ada berkaitan "Tiruan" di bawah ini.

Berikut adalah soalan dan jawapan yang boleh menjadi rujukan sehingga posting ini ditulis. 

(Dikemaskini pada 25/3/2017)

Soalan-soalan Lazim berkaitan dengan Minyak Herba Asmak yang sering ditanya berserta respon untuk pertanyaan tersebut.

============================

1. Apakah Minyak Herba Asmak ini?

Minyak Herba Asmak ini adalah minyak yang digunakan untuk membantu beberapa masalah yang dihadapi kebanyakkan orang iaitu asma, batuk berkahak, selsema, semput, lelah, kembung perut, migrain, sakit kepala, luka-luka, sakit pinggang, sakit perut, demam, bengkak, sakit mata, sakit gigi, sembelit, buasir, lenguh, tergeliat, senggugut, terkena api, gigitan serangga, lebam dan sebagainya.

============================

2. Apakah perbezaannya dengan minyak yang sedia ada di pasaran?

Minyak Herba Asmak ini adalah minyak yang telah diformulasikan oleh penyelidik khas dan dirumuskan daripada bahan-bahan semulajadi dan herba. Minyak Herba Asmak ini dihasilkan dengan kajian yang teliti agar kandungannya memenuhi piawaian kandungan bahan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Minyak Herba Asmak ini dalam proses untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak kementerian dan akan diwar-warkan kepada umum selepas permohonan yang dibuat berjaya.

============================

3. Apakah kandungan minyak ini, adakah mengandungi bahan kimia atau pun bahan yang tidak diluluskan?

Seperti yang sedia maklum, kandungan minyak ini adalah terdiri daripada tiga bahan utama iaitu habbatussauda', pati gamat dan minyak kayu putih. Ketiga-tiga bahan ini adalah bahan utama minyak dan selebihnya adalah terdiri daripada bahan herba yang diluluskan oleh kementerian. Minyak Herba Asmak tidak mengandungi bahan kimia berbahaya dan ianya menggunakan 100% bahan semulajadi dan dikawal kualitinya ketika pemprosesan.

============================

4. Adakah Minyak Herba Asmak ini mempunyai hologram dan ada yang mendakwa Minyak Herba Asmak ini adalah tiruan. Benarkah apa yang diwar-warkan oleh pihak tertentu?

Minyak Herba Asmak tidak mempunyai hologram dan minyak ini dikeluarkan oleh Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1189521-H) (MHAMsb)yang beralamat di Bentong, Pahang. Pihak syarikat tidak mengeluarkan produk tiruan kerana Minyak Herba Asmak ini adalah formulasi yang telah di R&D oleh syarikat. Apa yang diwar-warkan oleh pihak tertentu itu adalah tidak benar sama sekali.

============================

5. Adakah Minyak Herba Asmak ini sama dengan Minyak Herba Asma Mujarab?

Minyak Herba Asmak ini tidak sama dengan Minyak Herba Asma Mujarab yang ada dijual di pasaran. Pastikan pada kotak dan label botol tercatat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd.

============================

6. Apakah perbezaan Minyak Herba Asmak dengan Minyak Herba Asma Mujarab?

Minyak Herba Asmak dirumus khas dengan formulasinya yang dipantau dan mengikut standard yang telah ditetapkan. Manakala Minyak Herba Asma Mujarab dikatakan dihasilkan secara tradisional. Memandangkan Minyak Herba Asma Mujarab bukan keluaran syarikat MHAMsb, kami tidak dapat menjawab berkaitan dengan minyak tersebut.

Apa yang boleh dijelaskan ialah, minyak ini tidak mengandungi bahan yang berbahaya dan tidak mengandungi bahan yang terlebih dos yang dibenarkan. Minyak ini juga lebih halus teksturnya kerana diproses di kilang yang bertaraf GMP.

============================

7. Adakah Minyak Herba Asmak ini Original?

Ya, sudah pasti Minyak Herba Asmak ini original keluaran MHAMsb. Namun, selepas 5 bulan berada di pasaran, pihak MHAMsb mendapat aduan pengguna dan mengesahkan terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab telah membuat Minyak Herba Asmak yang tiruan dan menjualnya kepada pemborong. Kesimpulannya, Minyak Herba Asmak keluaran MHAMsb adalah original dan telah dipalsukan pihak tidak bertanggungjawab dengan menggunakan label yang sama.

Namun, perkara ini sudah pun diambil tindakan sewajarnya dengan mempertingkatkan lagi label pembungkusan dan pengedarannya kepada pengguna. Boleh rujuk Perbezaan Minyak Original dan Tiruan di sini.

============================

8. Bagaimana pengguna boleh membezakan antara yang Original dan yang tiruan?

Untuk membezakannya ialah, secara umumnya Minyak Herba Asmak yang original mempunyai kesemua ciri berikut:

1. Tidak dijual di mana-mana kedai jamu dan farmasi.
2. Minyak Herba Asmak botol 30ml mempunyai kotak tabung.
3. Harganya adalah RM39 dan tidak akan dijual lebih rendah melainkan promosi yang akan diwar-warkan pihak HQ.
4. Diedarkan oleh agent atau dropship yang mempunyai no ID, boleh rujuk HQ atau semak di website HQ.
5. Label botol yang berbeza (Boleh rujuk artikel).
6. Kepekatan minyak yang boleh dibezakan dengan kehalusan serdak minyak.
7. Ciri-ciri lain akan dikemaskini daripada semasa ke semasa.

Pengguna juga boleh merujuk kepada HQ atau pun agent sah untuk mengesahkan minyak yang dibeli itu adalah original keluaran syarikat MHAMsb atau pun tidak.

Pengguna juga boleh rujuk artikel yang menunjukkan perbezaan Minyak Herba Asmak original dan palsu di sini.

============================

9. Mengapa tidak menggunakan nama Minyak Herba Asma dan kenapa nama sudah bertukar kepada Minyak Herba Asmak?

Berkaitan dengan nama ini, pihak syarikat telah membuat perubahan disebabkan untuk memastikan Minyak Herba Asmak ini dapat dipasarkan dengan kelulusan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang tidak membenarkan nama penyakit kronik seperti asma dijadikan nama produk kesihatan. Oleh itu, untuk memastikan Minyak Herba Asmak dapat pergi lebih jauh, nama Minyak Herba Asmak telah diguna pakai sehingga kini. 

Untuk pengetahun, Minyak Herba Asmak adalah trademark yang sah yang telah diluluskan pada 27/9/2017.

Boleh search di laman web MYIPO untuk pengesahan sendiri. Taipkan Minyak Herba Asmak dan anda akan dapat lihat gambar seperti di sebelah kanan ini akan terpapar.

Boleh klik link ini untuk membuat carian sendiri di website tersebut.


============================

10. Di manakah lokasi Minyak Herba Asmak ini dibuat? Siapa yang keluarkan? Benarkah dulu label sama dengan Minyak Herba Asma Mujarab?

Lokasi Minyak Herba Asmak ini diproses dan dibuat adalah di kilang yang bertaraf GMP di Bentong. Seperti mana yang telah dijelaskan, Minyak Herba Asmak ini adalah keluaran syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd. 

Berkenaan label sama, ianya tidak benar sama sekali. Pada ketika itu, produk Minyak Herba Asmak ini belum dikeluarkan. Pada ketika itu, syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd pun tidak pernah mengeluarkan Minyak Herba Asmak tetapi pernah menjual Minyak Herba Asma Mujarab dan ianya tidak lagi dijual selepas Minyak Herba Asmak dikeluarkan oleh syarikat MHAMsb.

============================

11. Mengapa syarikat MHAMsb wujud tidak sampai setahun, sedangkan Minyak Herba Asma Mujarab sudah pun berada di pasaran lebih daripada setahun?

Syarikat MHAMsb adalah syarikat yang didaftarkan sah oleh pengasas Minyak Herba Asmak Pn Nor Fazilah Abd Mohd bersama En Mohd Selodi Md Ghazali. Disebabkan mereka mahu meneruskan usaha membantu masyarakat dengan produk semulajadi yang berkesan dan selamat, maka tertubuhlah syarikat MHAMsb ini.

Produk Minyak Herba Asma Mujarab yang ada di pasaran tiada kena mengena dengan syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd kerana nama tersebut tidak pernah didaftarkan di suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan pengasasnya syarikat MHAMsb telah menubuhkannya atas rasa tanggungjawab beliau apabila tidak mahu menjual produk yang diragui keselamatannya kepada masyarakat. Dengan tertubuhnya syarikat ini, pengguna tidak perlu rasa ragu-ragu lagi apabila mereka boleh merujuk terus kepada syarikat di talian dan alamat yang dipaparkan pada produk.

Perkara ini telah pun dijelaskan di laman web rasmi HQ dan beberapa website untuk menjawab secara teknikal dan lebih teliti. Boleh rujuk untuk penerangan lanjut.

Oleh itu, kewujudan syarikat yang baru adalah untuk memastikan perniagaan yang dijalankan ini adalah sah disisi undang-undang dan bagi menjamin keselamatan kesihatan jangka masa panjang pengguna produk Minyak Herba Asmak.

============================

12.  Benarkan Minyak Herba Asmak ini sudah memohon KKM? Jika sudah, boleh dapatkan bukti permohonan dan mengapa sudah dipasarkan walaupun belum mendapat kelulusan? Adakah dijamin selamat?

Benar, Minyak Herba Asmak ini sudah pun memohon kelulusan KKM. Walau bagaimanapun, pihak syarikat tidak akan menunjukkan bukti permohonan sehingga permohonan ini benar-benar diluluskan atas faktor-faktor tertentu. Namun, pihak MHAMsb yakin pengguna mampu menilai kesungguhan pihak MHAMsb dalam mengeluarkan produk yang selamat, berkualiti dan terbaik.

Walaupun masih belum mendapat kelulusan, pihak MHAMsb yakin Minyak Herba Asmak ini selamat dan sudah pun mengikut standard yang ditetapkan. Oleh itu, pengguna tidak perlu bimbang jika mahu menggunakannya minyak ini berbanding minyak yang banyak dipasaran sekarang. 

Jika minyak yang kita sendiri pun berani menggunakan minyak yang kita sendiri pun belum tentu tahu siapa yang mengeluarkannya dan siapa yang akan bertanggungjawab jika terdapat sesuatu perkara yang berlaku pada masa yang akan datang, apa lagi minyak yang kita sudah tahu siapa pengeluarnya. Pasti mudah untuk kita ambil tindakan berbanding yang lain. Jadi, sementara untuk mendapat kelulusan KKM secara sah, pengguna boleh menggunakan minyak ini dengan selamat dan dijamin pihak MHAMsb.

============================

13.  Kenapa Minyak Herba Asmak ini bau seperti asap rokok?

Minyak Herba Asmak ini bukanlah bau asap rokok, tetapi ianya adalah bau habbatussauda', jika anda pernah gunakan produk habbatussauda', pasti akan kenal bau minyak ini. Walaupun begitu, kualiti dan keberkesanannya adalah masih sama dan tidak berubah.

============================

14. Kenapa saya gunakan Minyak Herba Asmak ini tak ada kesan seperti dahulu? Kalau yang lama rasanya lebih berkesan. Boleh tahu kenapa?

Minyak Herba Asmak ini adalah minyak yang diproses di kilang bertaraf GMP, kesemua proses dan pembuatannya akan dipantau untuk memastikan kualitinya sentiasa terjamin. Jika selepas menggunakan Minyak Herba Asmak tetapi tiada kesan, ada kemungkinan minyak sebelum ini bukan versi yang terkini atau pun minyak yang digunakan sebelum ini bukan dikeluarkan oleh syarikat MHAMsb. 

Tetapi jika minyak tersebut memang dikeluarkan oleh syarikat MHAMsb, ada kemungkinan cara penggunaannya tidak betul dan kurang serasi. Jika masih tiada kesan walaupun sudah menggunakan Minyak Herba Asmak, disarankan untuk merujuk kepada doktor kerana mungkin memerlukan pemeriksaan lanjut untuk memastikan masalah sebenar yang dihadapi anda.

Penggunaan Minyak Herba Asmak boleh dijadikan kegunaan harian namun elakkan guna secara berlebihan. Gunakan secara berpadanan dan kurangkan jika masalah beransur kurang. Dapatkan nasihat doktor jika masalah berlarutan. Minyak Herba Asmak sebagai ikhtiar kita dan tidak semua orang akan memberikan kesan yang sama kerana bergantung kepada keserasian dan masalah.

============================

15. Adakah testimoni yang membuktikan Minyak Herba Asmak ini memberikan kesan yang baik untuk masalah-masalah tertentu?

Sudah pasti ada. Syarikat MHAMsb mempunyai ribuan koleksi testimoni yang boleh dijadikan panduan oleh pengguna dan sebagai satu bukti kepuasan hati pengguna Minyak Herba Asmak.

============================

16. Bagaimana saya boleh dapatkan agent dan adakah Minyak Herba Asmak ini dijual di mana-mana kedai untuk memudahkan saya membuat pembelian?

Syarikat MHAMsb tidak membenarkan Minyak Herba Asmak ini dijual di kedai-kedai atau pun toko jamu kerana untuk memastikan pengguna boleh mengenali pengedar sah dan untuk mengelakkan risiko membeli Minyak Herba Asmak yang tidak original daripada syarikat MHAMsb. 

Oleh itu, pengguna boleh merujuk website http://penawarasma.com.my atau http://mham.com.my/ untuk mendapatkan agent yang sah. Atau terus hubungi hotline HQ 019-9708897 atau hubungi agent 017-3647442 untuk pembelian.

Anda juga boleh membeli secara online di sini.

============================

17. Minyak Herba Asmak ni ada berapa jenis saiz?

Minyak Herba Asmak ni ada dalam dua saiz, saiz botol besar 30ml dan saiz botol mini 10ml. Kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri dari segi memudahkan dibawa dan menjimatkan.

============================

18. Berapa harga kedua-dua jenis saiz Minyak Herba Asmak ini?

Minyak Herba Asmak botol besar 30ml harganya RM39.00 dan Botol mini 10ml harganya hanya RM18.00.

============================

19. Bolehkah dapat harga murah jika mahu membuat pembelian banyak?

Pembelian yang mengikut bilangan yang banyak boleh dapat harga murah bergantung kepada promosi dan kombo yang dibuat pihak syarikat MHAMsb daripada semasa ke semasa, boleh rujuk agent untuk maklumat terkini. Yang pasti, untuk pembelian satu unit adalah harga tetap.

============================

20. Adakah harga keahlian atau pun cara nak dapatkan Minyak Herba Asmak murah?

Buat masa ini syarikat MHAMsb belum membuat keahlian untuk produk MHAMsb. Namun, boleh rujuk kepada agent anda untuk mendapatkan informasi terkini. Buat masa ini tiada harga ahli. Namun beberapa kelebihan lain akan ditawarkan kepada pengguna setia MHAMsb.

============================
Soalan dan jawapan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Khamis, 9 Februari 2017

Asma Berkurang Lepas Gunakan Minyak Herba Asmak (Koleksi Testimoni)

Kita biasa mendengar masalah yang dihadapi penghidap asma ini kadang kala teruk, kadang kala pulih dan kadang kala biasa-biasa sahaja. Jadi, saya nak kongsikan beberapa testimoni yang diperolehi daripada pengguna-pengguna Minyak Herba Asmak sama ada untuk kanak-kanak atau pun dewasa selepas menggunakan Minyak Herba Asmak ini untuk masalah asma mereka.

Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd sedaya upaya mahu membantu mereka yang mempunyai masalah asma, daripada yang baru terkena asma sehinggalah yang sudah lama menghidap asma.

Bukan sahaja mahu membantu, malah mahu memberikan yang lebih baik dengan formula minyak yang diperbuat daripada bahan semulajadi yang terdiri daripada beberapa bahan herba utama untuk mendapat manfaat daripada kelebihan bahan tersebut.

Bahan yang berkualiti dan diproses mengikut standard dan piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia adalah penting dan perlu untuk menjamin keselamatan pengguna Minyak Herba Asmak ini secara khususnya. Itu antara kelebihan Minyak Herba Asmak jika mahu dibandingkan dengan minyak herba yang ada di pasaran sekarang ini.

Jom saya tunjukkan beberapa testimoni yang diperolehi daripada pengguna Minyak Herba Asmak ini.

Pengguna Kanak-kanak
















Pengguna Dewasa







Diharapkan, masyarakat dapat mengambil peluang dan memberi peluang kepada diri sendiri dan keluarga untuk berikhtiar menggunakan minyak ini yang kebanyakkannya sudah pun mendapat manfaat daripada kelebihan yang ada pada minyak ini. InshaAllah dengan izin Allah, kesihatan anda sekeluarga akan kembali ceria dan sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera. Amin.

Jadi jangan berlengah dan jangan tunggu lama-lama, terus hubungi saya melalui facebook.

Ingin mencuba Minyak Herba Asmak? Terus hubungi saya di

FACEBOOK:

PAGE FACEBOOK : 

atau pun terus Whatsapp/Call/SMS ke nombor berikut.


017 364 7442 

Rabu, 8 Februari 2017

Tips Kecemasan Serangan Asma

Kita mungkin pernah atau pun melihat kawan-kawan, adik-beradik, sedara-mara atau pun sesiapa sahaja yang kita kenal atau pun tidak kenal yang akan berada di sekeliling kita yang menghidapi masalah asma bukan? Sudah pasti mereka akan kelihatan letih dan kadang-kala tercungap-cungap seperti tidak cukup oksigen untuk bernafas.

Anda rasa, jika berlaku sesuatu yang tidak diingini dan anda berhadapan dengan situasi itu, apakah yang akan anda lakukan? Apa yang boleh anda bantu jika pada ketika itu, hanya anda sahaja berada di situ? Pasti kita akan rasa bimbang dan tidak tahu nak bantu.

Jadi, saya mahu kongsikan di sini serba sedikit tips untuk membantu ketika kecemasan serangan asma yang berlaku di hadapan kita.

  1. Tenangkan pesakit dan bantu dia untuk duduk.
  2. Pastikan pesakit berada di kedudukan yang selesa dengan tubuhnya menunduk ke depan sedikit serta boleh bertongkat.
  3. Pastikan pesakit mendapatkan udara yang bersih dan mencukupi.
  4. Pastikan pesakit mendapatkan rawatan sekiranya diperlukan.


Tips: Penggunaan Minyak Herba Asmak secara konsisten boleh membantu menyembuhkan asma.


Sekiranya anda mahu melihat Testimoni mereka yang sudah menunjukkan kesihatan yang baik selepas menggunakan Minyak Herba Asmak ini, bolehlah ke Testimoni Pengguna Asma Kanak-kanak dan Dewasa di sini.

Semoga dapat memberikan manfaat kepada anda. InshaAllah.

Jadi jangan berlengah dan jangan tunggu lama-lama, terus hubungi saya melalui facebook.

Ingin mencuba Minyak Herba Asmak? Terus hubungi saya di

FACEBOOK:

PAGE FACEBOOK : 

atau pun terus Whatsapp/Call/SMS ke nombor berikut

017 364 7442 

Sekian, Terima kasih.


Selasa, 7 Februari 2017

MAMA, KENAPA MAMA TAK BAGI ALYSSA MAIN DI LUAR?

Sejak berumur 4 tahun, Alyssa telah disahkan menghidap alergi asma. Disebabkan itu juga, penyakit tersebut telah menghalangnya daripada menikmati zaman kanak-kanak bersama kawan-kawan yang sebaya dengan umurnya.

Alyssa sebenarnya adalah seorang yang happy-go-lucky, periang, dan mesra dengan sesiapa saja. Namun, satu perkara telah membuatkan dirinya tidak seaktif kanak-kanak lain: Asma.

“Masa mula-mula asma tu menyerang, tanda-tanda asma tak berapa jelas. Tapi boleh nampak yang nafas Alyssa macam tercungap-cungap. Masa dia tidur, boleh dengar macam ada bunyi bersiul keluar dari salur pernafasan dia. Mulanya, saya dan suami ingatkan posisi tidur dia yang tak betul. Tapi keadaan jadi makin teruk. Lepas 3 kali diagnosis dengan doktor di hospital serdang, akhirnya baru kami tahu yang Alyssa menghidap asma. Ya tuhan..”

“Ibu mana tak sayangkan anak. Bila tiba saat asma dia menyerang, masa itulah sifat keibuan saya ni hancur, luluh jadinya. Saya tiada asma, tapi bila tengok dia struggle macam tu, saya tahu yang dia terseksa..nampak jelas yang dia tengah cari nafas. Rasa berdosa sangat bila tak mampu nak tolong anak sendiri..walaupun kami tahu dan sedar yang esok atau lusa mungkin penyakit tu akan datang balik…

Lagi satu perkara yang buat kami tertekan, sejak Alyssa disahkan menghidap asma, kualiti tidur dia memang tak pernah elok. Bila malam dan cuaca jadi sejuk, kami terpaksa sapukan minyak panas dan sarungkan stokin di kaki dia supaya asma dia tak menyerang. Asma ni kalau nak datang, memang tak ikut masa. Dengan kami-kami sendiri pun tak boleh tidur.

Dulu kami jahil pasal nebulizer. Benda tu boleh mencecah ratusan ringgit bagi yang elok. Kita kalau bab anak ni, seboleh-bolehnya nak beri yang terbaik. Tapi sampai bila nak kena keluarkan kos untuk beli nebulizer ni?

“Assalamualaikum makcik! Makcik, Alyssa ada? Kami nak ajak dia main kat padang”

Berderau darah rasanya bila dengar kawan-kawan dia datang dan tanya soalan macam tu..bukan kami sengaja nak marah, tapi mesti Alyssa akan minta nak ke taman juga. Masa tulah saya akan berbelah bahagi.. Tapi mana boleh..nanti asma dia datang lagi.. lagi-lagi bila ada debu dan debunga, makin teruk jadinya..Penghabisannya, Alyssa cuma boleh tengok dari dalam pagar rumah je kawan-kawan dia main di padang.

* * * * * * * * * * *

Dengan perlahan air mata Puan Mariam menitis ke pipi, dan membasahi tudungnya. Cepat-cepat dia lap supaya suaminya tak nampak. Memang begitu, bila dia teringatkan kisah tersebut, mesti dia sebak. Itu semua kisah 3 bulan lepas. Sekarang Alyssa sudah boleh main di luar, tidur pun bukan main nyenyak sekarang..Alhamdulillah.

Dalam keadaan air mata masih menitis, Puan Mariam menggenggam erat Minyak Herba Asmak yang pernah menjadi titik tolak perubahan kepada penderitaan anaknya, dan dia sekali. Ya tuhan..Syukur kerana memberi jalan yang terang kepada aku. bisiknya... Dan dia takkan pernah melupakan jasa baik kawannya yang membelikan minyak herba tersebut.




Isnin, 6 Februari 2017

Tips Elakkan Isteri Anda Meroyan

Sejak akhir-akhir ni, macam-macam kita dengar mengenai tekanan emosi ibu yang baru mendapat cahaya mata.

Tak ramai pasangan yang ambil tahu tentang kesan tekanan emosi (BABYBLUES) yang dihadapi oleh wanita khususnya selepas melahirkan anak terutama semasa dan selepas pantang. Malah banyak yang tidak mengetahui bahawa jangka masa berpantang adalah penting untuk menentukan sama ada ibu akan kembali normal seperti sebelumnya atau si ibu akan menderita akibat tekanan emosi seumur hidup.

Penyakit tekanan emosi ini dikaitkan dengan situasi ibu meroyan, yang mana ibu-ibu mengalaminya sewaktu atau selepas dalam pantang.

Jom saya kongsikan beberapa perkara yang perlu diambil peduli ibu-ibu dan pasangan.







Semoga pesanan ini memberikan sedikit sebanyak maklumat dan perkongsian kepada pasangan di luar sana.

InshaAllah.

Terima kasih. 

Ahad, 5 Februari 2017

Tips Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Mengandung

Saya nak kongsikan beberapa tips yang perlu diketahui oleh ibu yang mengandung. Ada beberapa yang perlu dielakkan ketika mengandung. Memandangkan ketika mengandung kita membawa kandungan ke mana-mana selama 9 bulan, ini amat penting untuk diberikan perhatian.














Sabtu, 4 Februari 2017

Bayi Batuk Berkurangan Lepas Menggunakan Minyak Herba Asmak

Resah dan gelisah sudah pasti akan dirasai oleh ibu-ibu dan bapa-bapa yang masih mempunyai anak kecil atau pun bayi yang sering batuk. Batuk bayi amat meresahkan bila waktu tidur malam tidak berhenti dan waktu tidur dan rehat menjadi terganggu.

Keadaan ini amatlah merunsingkan walaupun dah bawa ke hospital atau klinik untuk rawatan. Yang pasti jika anak masih di bawah umur setahun memang mahu dielakkan ibu bapa daripada memberikan ubat makan kerana bayi masih lagi kecil dan tidak sesuai.

Oleh yang demikian, syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd sedaya upaya mengeluarkan produk Minyak Herba Asmak yang sudah pastinya akan mengikut piawaian yang ditetapkan dan lebih selamat untuk kegunaan bayi yang masih kecil.

Jom kita lihat apa kata pengguna Minyak Herba Asmak yang sudah menggunakannya untuk bayi mereka. Alhamdulillah kebanyakkan mereka memberikan maklum balas yang positif dan mengembirakan kami.








Ingin mencuba Minyak Herba Asmak? Terus hubungi saya di

FACEBOOK:

PAGE FACEBOOK : 

atau pun terus Whatsapp/Call/SMS ke nombor berikut

017 364 7442