Jumaat, 10 Februari 2017

Soalan Lazim Berkaitan Minyak Herba Asmak (Dikemaskini dari Semasa ke Semasa)

Sudah hampir setahun Minyak Herba Asmak berada di pasaran Malaysia. Sejak daripada mula keluarannya masyarakat akan bertanyakan beberapa soalan lazim yang biasanya menjadi persoalan mereka. Bagi menjawab dan memberikan kepuasan hati mereka sebagai pengguna Minyak Herba Asmak, saya senaraikan beberapa persoalan yang mungkin bermain difikiran anda.

Cara mudah untuk cari jawapan, klik butang "CTRL" dan huruf "F" serentak dan akan muncul kotak Find di sebelah kanan atas anda.

Taipkan kata kunci yang ingin ditanya dan anda akan terus ke soalan dan jawapan tersebut.

Sebagai contoh taip "Tiruan", anda akan terus ke soalan yang ada berkaitan "Tiruan" di bawah ini.

Berikut adalah soalan dan jawapan yang boleh menjadi rujukan sehingga posting ini ditulis. 

(Dikemaskini pada 25/3/2017)

Soalan-soalan Lazim berkaitan dengan Minyak Herba Asmak yang sering ditanya berserta respon untuk pertanyaan tersebut.

============================

1. Apakah Minyak Herba Asmak ini?

Minyak Herba Asmak ini adalah minyak yang digunakan untuk membantu beberapa masalah yang dihadapi kebanyakkan orang iaitu asma, batuk berkahak, selsema, semput, lelah, kembung perut, migrain, sakit kepala, luka-luka, sakit pinggang, sakit perut, demam, bengkak, sakit mata, sakit gigi, sembelit, buasir, lenguh, tergeliat, senggugut, terkena api, gigitan serangga, lebam dan sebagainya.

============================

2. Apakah perbezaannya dengan minyak yang sedia ada di pasaran?

Minyak Herba Asmak ini adalah minyak yang telah diformulasikan oleh penyelidik khas dan dirumuskan daripada bahan-bahan semulajadi dan herba. Minyak Herba Asmak ini dihasilkan dengan kajian yang teliti agar kandungannya memenuhi piawaian kandungan bahan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Minyak Herba Asmak ini dalam proses untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak kementerian dan akan diwar-warkan kepada umum selepas permohonan yang dibuat berjaya.

============================

3. Apakah kandungan minyak ini, adakah mengandungi bahan kimia atau pun bahan yang tidak diluluskan?

Seperti yang sedia maklum, kandungan minyak ini adalah terdiri daripada tiga bahan utama iaitu habbatussauda', pati gamat dan minyak kayu putih. Ketiga-tiga bahan ini adalah bahan utama minyak dan selebihnya adalah terdiri daripada bahan herba yang diluluskan oleh kementerian. Minyak Herba Asmak tidak mengandungi bahan kimia berbahaya dan ianya menggunakan 100% bahan semulajadi dan dikawal kualitinya ketika pemprosesan.

============================

4. Adakah Minyak Herba Asmak ini mempunyai hologram dan ada yang mendakwa Minyak Herba Asmak ini adalah tiruan. Benarkah apa yang diwar-warkan oleh pihak tertentu?

Minyak Herba Asmak tidak mempunyai hologram dan minyak ini dikeluarkan oleh Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1189521-H) (MHAMsb)yang beralamat di Bentong, Pahang. Pihak syarikat tidak mengeluarkan produk tiruan kerana Minyak Herba Asmak ini adalah formulasi yang telah di R&D oleh syarikat. Apa yang diwar-warkan oleh pihak tertentu itu adalah tidak benar sama sekali.

============================

5. Adakah Minyak Herba Asmak ini sama dengan Minyak Herba Asma Mujarab?

Minyak Herba Asmak ini tidak sama dengan Minyak Herba Asma Mujarab yang ada dijual di pasaran. Pastikan pada kotak dan label botol tercatat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd.

============================

6. Apakah perbezaan Minyak Herba Asmak dengan Minyak Herba Asma Mujarab?

Minyak Herba Asmak dirumus khas dengan formulasinya yang dipantau dan mengikut standard yang telah ditetapkan. Manakala Minyak Herba Asma Mujarab dikatakan dihasilkan secara tradisional. Memandangkan Minyak Herba Asma Mujarab bukan keluaran syarikat MHAMsb, kami tidak dapat menjawab berkaitan dengan minyak tersebut.

Apa yang boleh dijelaskan ialah, minyak ini tidak mengandungi bahan yang berbahaya dan tidak mengandungi bahan yang terlebih dos yang dibenarkan. Minyak ini juga lebih halus teksturnya kerana diproses di kilang yang bertaraf GMP.

============================

7. Adakah Minyak Herba Asmak ini Original?

Ya, sudah pasti Minyak Herba Asmak ini original keluaran MHAMsb. Namun, selepas 5 bulan berada di pasaran, pihak MHAMsb mendapat aduan pengguna dan mengesahkan terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab telah membuat Minyak Herba Asmak yang tiruan dan menjualnya kepada pemborong. Kesimpulannya, Minyak Herba Asmak keluaran MHAMsb adalah original dan telah dipalsukan pihak tidak bertanggungjawab dengan menggunakan label yang sama.

Namun, perkara ini sudah pun diambil tindakan sewajarnya dengan mempertingkatkan lagi label pembungkusan dan pengedarannya kepada pengguna. Boleh rujuk Perbezaan Minyak Original dan Tiruan di sini.

============================

8. Bagaimana pengguna boleh membezakan antara yang Original dan yang tiruan?

Untuk membezakannya ialah, secara umumnya Minyak Herba Asmak yang original mempunyai kesemua ciri berikut:

1. Tidak dijual di mana-mana kedai jamu dan farmasi.
2. Minyak Herba Asmak botol 30ml mempunyai kotak tabung.
3. Harganya adalah RM39 dan tidak akan dijual lebih rendah melainkan promosi yang akan diwar-warkan pihak HQ.
4. Diedarkan oleh agent atau dropship yang mempunyai no ID, boleh rujuk HQ atau semak di website HQ.
5. Label botol yang berbeza (Boleh rujuk artikel).
6. Kepekatan minyak yang boleh dibezakan dengan kehalusan serdak minyak.
7. Ciri-ciri lain akan dikemaskini daripada semasa ke semasa.

Pengguna juga boleh merujuk kepada HQ atau pun agent sah untuk mengesahkan minyak yang dibeli itu adalah original keluaran syarikat MHAMsb atau pun tidak.

Pengguna juga boleh rujuk artikel yang menunjukkan perbezaan Minyak Herba Asmak original dan palsu di sini.

============================

9. Mengapa tidak menggunakan nama Minyak Herba Asma dan kenapa nama sudah bertukar kepada Minyak Herba Asmak?

Berkaitan dengan nama ini, pihak syarikat telah membuat perubahan disebabkan untuk memastikan Minyak Herba Asmak ini dapat dipasarkan dengan kelulusan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang tidak membenarkan nama penyakit kronik seperti asma dijadikan nama produk kesihatan. Oleh itu, untuk memastikan Minyak Herba Asmak dapat pergi lebih jauh, nama Minyak Herba Asmak telah diguna pakai sehingga kini. 

Untuk pengetahun, Minyak Herba Asmak adalah trademark yang sah yang telah diluluskan pada 27/9/2017.

Boleh search di laman web MYIPO untuk pengesahan sendiri. Taipkan Minyak Herba Asmak dan anda akan dapat lihat gambar seperti di sebelah kanan ini akan terpapar.

Boleh klik link ini untuk membuat carian sendiri di website tersebut.


============================

10. Di manakah lokasi Minyak Herba Asmak ini dibuat? Siapa yang keluarkan? Benarkah dulu label sama dengan Minyak Herba Asma Mujarab?

Lokasi Minyak Herba Asmak ini diproses dan dibuat adalah di kilang yang bertaraf GMP di Bentong. Seperti mana yang telah dijelaskan, Minyak Herba Asmak ini adalah keluaran syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd. 

Berkenaan label sama, ianya tidak benar sama sekali. Pada ketika itu, produk Minyak Herba Asmak ini belum dikeluarkan. Pada ketika itu, syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd pun tidak pernah mengeluarkan Minyak Herba Asmak tetapi pernah menjual Minyak Herba Asma Mujarab dan ianya tidak lagi dijual selepas Minyak Herba Asmak dikeluarkan oleh syarikat MHAMsb.

============================

11. Mengapa syarikat MHAMsb wujud tidak sampai setahun, sedangkan Minyak Herba Asma Mujarab sudah pun berada di pasaran lebih daripada setahun?

Syarikat MHAMsb adalah syarikat yang didaftarkan sah oleh pengasas Minyak Herba Asmak Pn Nor Fazilah Abd Mohd bersama En Mohd Selodi Md Ghazali. Disebabkan mereka mahu meneruskan usaha membantu masyarakat dengan produk semulajadi yang berkesan dan selamat, maka tertubuhlah syarikat MHAMsb ini.

Produk Minyak Herba Asma Mujarab yang ada di pasaran tiada kena mengena dengan syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd kerana nama tersebut tidak pernah didaftarkan di suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan pengasasnya syarikat MHAMsb telah menubuhkannya atas rasa tanggungjawab beliau apabila tidak mahu menjual produk yang diragui keselamatannya kepada masyarakat. Dengan tertubuhnya syarikat ini, pengguna tidak perlu rasa ragu-ragu lagi apabila mereka boleh merujuk terus kepada syarikat di talian dan alamat yang dipaparkan pada produk.

Perkara ini telah pun dijelaskan di laman web rasmi HQ dan beberapa website untuk menjawab secara teknikal dan lebih teliti. Boleh rujuk untuk penerangan lanjut.

Oleh itu, kewujudan syarikat yang baru adalah untuk memastikan perniagaan yang dijalankan ini adalah sah disisi undang-undang dan bagi menjamin keselamatan kesihatan jangka masa panjang pengguna produk Minyak Herba Asmak.

============================

12.  Benarkan Minyak Herba Asmak ini sudah memohon KKM? Jika sudah, boleh dapatkan bukti permohonan dan mengapa sudah dipasarkan walaupun belum mendapat kelulusan? Adakah dijamin selamat?

Benar, Minyak Herba Asmak ini sudah pun memohon kelulusan KKM. Walau bagaimanapun, pihak syarikat tidak akan menunjukkan bukti permohonan sehingga permohonan ini benar-benar diluluskan atas faktor-faktor tertentu. Namun, pihak MHAMsb yakin pengguna mampu menilai kesungguhan pihak MHAMsb dalam mengeluarkan produk yang selamat, berkualiti dan terbaik.

Walaupun masih belum mendapat kelulusan, pihak MHAMsb yakin Minyak Herba Asmak ini selamat dan sudah pun mengikut standard yang ditetapkan. Oleh itu, pengguna tidak perlu bimbang jika mahu menggunakannya minyak ini berbanding minyak yang banyak dipasaran sekarang. 

Jika minyak yang kita sendiri pun berani menggunakan minyak yang kita sendiri pun belum tentu tahu siapa yang mengeluarkannya dan siapa yang akan bertanggungjawab jika terdapat sesuatu perkara yang berlaku pada masa yang akan datang, apa lagi minyak yang kita sudah tahu siapa pengeluarnya. Pasti mudah untuk kita ambil tindakan berbanding yang lain. Jadi, sementara untuk mendapat kelulusan KKM secara sah, pengguna boleh menggunakan minyak ini dengan selamat dan dijamin pihak MHAMsb.

============================

13.  Kenapa Minyak Herba Asmak ini bau seperti asap rokok?

Minyak Herba Asmak ini bukanlah bau asap rokok, tetapi ianya adalah bau habbatussauda', jika anda pernah gunakan produk habbatussauda', pasti akan kenal bau minyak ini. Walaupun begitu, kualiti dan keberkesanannya adalah masih sama dan tidak berubah.

============================

14. Kenapa saya gunakan Minyak Herba Asmak ini tak ada kesan seperti dahulu? Kalau yang lama rasanya lebih berkesan. Boleh tahu kenapa?

Minyak Herba Asmak ini adalah minyak yang diproses di kilang bertaraf GMP, kesemua proses dan pembuatannya akan dipantau untuk memastikan kualitinya sentiasa terjamin. Jika selepas menggunakan Minyak Herba Asmak tetapi tiada kesan, ada kemungkinan minyak sebelum ini bukan versi yang terkini atau pun minyak yang digunakan sebelum ini bukan dikeluarkan oleh syarikat MHAMsb. 

Tetapi jika minyak tersebut memang dikeluarkan oleh syarikat MHAMsb, ada kemungkinan cara penggunaannya tidak betul dan kurang serasi. Jika masih tiada kesan walaupun sudah menggunakan Minyak Herba Asmak, disarankan untuk merujuk kepada doktor kerana mungkin memerlukan pemeriksaan lanjut untuk memastikan masalah sebenar yang dihadapi anda.

Penggunaan Minyak Herba Asmak boleh dijadikan kegunaan harian namun elakkan guna secara berlebihan. Gunakan secara berpadanan dan kurangkan jika masalah beransur kurang. Dapatkan nasihat doktor jika masalah berlarutan. Minyak Herba Asmak sebagai ikhtiar kita dan tidak semua orang akan memberikan kesan yang sama kerana bergantung kepada keserasian dan masalah.

============================

15. Adakah testimoni yang membuktikan Minyak Herba Asmak ini memberikan kesan yang baik untuk masalah-masalah tertentu?

Sudah pasti ada. Syarikat MHAMsb mempunyai ribuan koleksi testimoni yang boleh dijadikan panduan oleh pengguna dan sebagai satu bukti kepuasan hati pengguna Minyak Herba Asmak.

============================

16. Bagaimana saya boleh dapatkan agent dan adakah Minyak Herba Asmak ini dijual di mana-mana kedai untuk memudahkan saya membuat pembelian?

Syarikat MHAMsb tidak membenarkan Minyak Herba Asmak ini dijual di kedai-kedai atau pun toko jamu kerana untuk memastikan pengguna boleh mengenali pengedar sah dan untuk mengelakkan risiko membeli Minyak Herba Asmak yang tidak original daripada syarikat MHAMsb. 

Oleh itu, pengguna boleh merujuk website http://penawarasma.com.my atau http://mham.com.my/ untuk mendapatkan agent yang sah. Atau terus hubungi hotline HQ 019-9708897 atau hubungi agent 017-3647442 untuk pembelian.

Anda juga boleh membeli secara online di sini.

============================

17. Minyak Herba Asmak ni ada berapa jenis saiz?

Minyak Herba Asmak ni ada dalam dua saiz, saiz botol besar 30ml dan saiz botol mini 10ml. Kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri dari segi memudahkan dibawa dan menjimatkan.

============================

18. Berapa harga kedua-dua jenis saiz Minyak Herba Asmak ini?

Minyak Herba Asmak botol besar 30ml harganya RM39.00 dan Botol mini 10ml harganya hanya RM18.00.

============================

19. Bolehkah dapat harga murah jika mahu membuat pembelian banyak?

Pembelian yang mengikut bilangan yang banyak boleh dapat harga murah bergantung kepada promosi dan kombo yang dibuat pihak syarikat MHAMsb daripada semasa ke semasa, boleh rujuk agent untuk maklumat terkini. Yang pasti, untuk pembelian satu unit adalah harga tetap.

============================

20. Adakah harga keahlian atau pun cara nak dapatkan Minyak Herba Asmak murah?

Buat masa ini syarikat MHAMsb belum membuat keahlian untuk produk MHAMsb. Namun, boleh rujuk kepada agent anda untuk mendapatkan informasi terkini. Buat masa ini tiada harga ahli. Namun beberapa kelebihan lain akan ditawarkan kepada pengguna setia MHAMsb.

============================
Soalan dan jawapan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan